Friday, June 17, 2011

.:: leLaki iTu & kiSaH aKu ::.

Tuhan,
Kurniakan kesabaran padaku
Berikanlah aku semangat untuk terus menjaga lelaki itu
Di saat susah senangnya
Di saat dia mahukan cinta suci seorang wanita
Di saat hatinya tidak keruan dan mahukan pelukan manja,
Di saat dia kebuntuan dan hilang arah,
Di saat dia perlukan teman,
Di saat dia hilang bicara,
Di saat dia perlukan ketenangan,
Aku mahu terus di sisinya
Aku mahu terus berada untuknya
Aku mahu selalu dekat di hatinya
Kerana aku sayang dia
Kerana aku cinta padanya
Kerana aku sentiasa mahu dia bahagia
Kerana aku tidak pernah mahu senyumnya hilang dari wajahnya
Kerana aku..tetap sayang dia untuk selamanya


Walaupun kamu selalu sakiti aku,
Aku tetap mahu kamu
Kerana aku yakin dengan gerak hatiku
Gerak hatiku yang meminta agar jangan sekali-kali tinggalkan kamu
Gerak hatiku yang berkata kamu tidak dapat aku lepaskan
Malah menyuruh aku menjagamu
Apa betul keputusanku ini,
Aku tak mahu tahu
Apa yang aku tahu,
Biarlah aku tetap menjagamu
Apa-apa yang jadi selepas itu,hanya ALLAH yang Maha Tahu
Benar,hanya Allah pelindungku
Dia temukan kau dan aku

Aku pohon hanya satu,
Jangan kau pergi jauh dariku
Kerana aku mahu jaga kamu
Kerana aku mahu peduli tentang kamu
Kerana itu hatiku mahu
Jangan tanya aku

Kerana aku memang tidak tahu
Apa yang aku tahu,
Aku hanya mahu kamu

No comments:

Post a Comment