Friday, November 9, 2018

.: mULa sEmuLa :.

Assalammualaikum,

Tahun ni dah tahun ke-6 usia perkahwinan kita...
Sayang tak pernah nak minta lebih²...
Cukup Abang ada dengan Sayang(tak nak ada yg xsepatut yer),
Cukup Abang & anak² kita sihat,bahagia,sempurna dalam bersederhana...

Tahun 2012
Permulaan yang betul² kosong,
Tapi kita tetap happy,
Sebab ni pilihan kita.

Tahun 2013
Permulaan yang sangat keras untuk sayang,
Permulaan yang buat sayang rasa nak akhirkan cepat,
Permulaan yg buat sayang banyak berfikir semula,
PERMULAAN.

Tahun 2014
Kita slow down,
Cuba saling melengkapi,
Cuba saling memahami,
Cuba tolak semua yang negative,
PERCUBAAN.

Tahun 2015
Ujian yang sama tak pernah berhenti,
Bukan sayang minta,
Bukan sayang nak,
Sayang terlalu berharap Abang faham sayang yang tersepit,
SAYANG SENDIRI.

Tahun 2016
Tahun yang sangat mencabar dalam hidup kita,
Tahun yang kita betul² jatuh terduduk,
Tahun yang kita kenal siapa sebenarnya orang² di keliling kita,
KITA YANG TAHU.

TAHUN 2017
Alhamdulillah,
Tahun yang tak terlalu menduga,
Mungkin 2016 kita dah belajar sesuatu yang lebih,
Kita mula faham erti redha & berserah.

Tahun 2018
Kita lebih matang dalam menjalani hari² & ujian,
Abang semakin memahami,
Sayang cuba kembali positive,
In sya allah...
ALLAH TAHU

Thursday, March 29, 2012

.:: tiK Tok tIK tOK ::.

Assalammualaikum,

Alhamdulillah...
Mungkin ni perubahan yang positif...
Tapi...
Kenapa hati ni berbelah bahagi....

Masa terus berjalan...
Betul ke pilihan ni...
Atau perlu ke untuk kembali...
Masih berfikir...dan terus berfikir...

Mungkin sekarang masa yang tepat...
Tepat untuk semua ini...
Walau secara tiba-tiba...
Mungkin ini yang di namakan REZEKI dari ALLAH...




١للهم يسر وﻻ تعسر وتمم بالخير

Friday, June 17, 2011

.:: leLaki iTu & kiSaH aKu ::.

Tuhan,
Kurniakan kesabaran padaku
Berikanlah aku semangat untuk terus menjaga lelaki itu
Di saat susah senangnya
Di saat dia mahukan cinta suci seorang wanita
Di saat hatinya tidak keruan dan mahukan pelukan manja,
Di saat dia kebuntuan dan hilang arah,
Di saat dia perlukan teman,
Di saat dia hilang bicara,
Di saat dia perlukan ketenangan,
Aku mahu terus di sisinya
Aku mahu terus berada untuknya
Aku mahu selalu dekat di hatinya
Kerana aku sayang dia
Kerana aku cinta padanya
Kerana aku sentiasa mahu dia bahagia
Kerana aku tidak pernah mahu senyumnya hilang dari wajahnya
Kerana aku..tetap sayang dia untuk selamanya


Walaupun kamu selalu sakiti aku,
Aku tetap mahu kamu
Kerana aku yakin dengan gerak hatiku
Gerak hatiku yang meminta agar jangan sekali-kali tinggalkan kamu
Gerak hatiku yang berkata kamu tidak dapat aku lepaskan
Malah menyuruh aku menjagamu
Apa betul keputusanku ini,
Aku tak mahu tahu
Apa yang aku tahu,
Biarlah aku tetap menjagamu
Apa-apa yang jadi selepas itu,hanya ALLAH yang Maha Tahu
Benar,hanya Allah pelindungku
Dia temukan kau dan aku

Aku pohon hanya satu,
Jangan kau pergi jauh dariku
Kerana aku mahu jaga kamu
Kerana aku mahu peduli tentang kamu
Kerana itu hatiku mahu
Jangan tanya aku

Kerana aku memang tidak tahu
Apa yang aku tahu,
Aku hanya mahu kamu

Wednesday, March 30, 2011

.:: sabar lah wahai hati~~~ ::.

Kita sering tertanya kenapa & mengapa...
Akan terjawabkah semua persoalan itu...
Bila & siapa yang akan menjawabnya..
Teka-teki yang amat memenatkan otak...


30/03/11 - Hati Ku...bersabarlah...
terkadang aku jatuh dan menangis
terkadang aku rebah tak daya berdiri
ku gentas bungaan di perantauan
membalut calar luka hati
melindungku dari resah yg menghujan
PAWANA - lagu yang dekat di hati...

Bila aku nyatakan aku kecewa...aku benar kecewa...
Bila aku nyatakan aku terluka...aku benar terluka...
Bila aku nyatakan aku sedih...aku benar sedih...
Bila aku nyatakan aku sepi...ITU BENAR!!!

Aku tak pandai berpura-pura...
Aku tak pandai mengoda...
Aku tak pandai meluah rasa...
Aku tak pandai...tapi aku x BODOH!!!


Ya Allah...sesungguhnya benar kata Mu...
Tiada yang lebih memahami & mengetahui selain dari Mu...

.:: langit hatiku ::.

Tuesday, February 22, 2011

.:: siApaKaH diA ::.

Siapakah dia..
yang sering mewarnai hariku..
seolah-olah matahari tersenyum manja padaku...
dengan hanya senyuman manisnya...

Siapakah dia..
yang selalu membuatkan..
jantungku berdegup kencang..
dengan sinar matanya yang menggoda...

Siapakah dia...
yang membuatkan lidahku kelu...
untuk menyapanya...
setiap kali bertemunya....

Siapakah dia..
yang seringkali membuatkan aku..
merasa hampa setiap kali terlepas bayangnya...

Siapakah dia..
yang sering hadir di setiap mimpiku..
dan membuatkanku tersenyum pabila terjaga..

Siapakah dia..
yang selalu membuatkan aku..
merasa rindu yang amat mendalam..
apabila tidak mendengar khabarnya...

Siapakah dia..
yang membuatkan aku berharap..
agar aku mendapat..
walau sedikitpun ruang dihatinya...

Monday, January 24, 2011

.:: Pernikahan dan Perkahwinan ::.

Buat para/bakal suami dan isteri/bakal isteri, renung2kan lah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia? 

Untuk suami...renungkanlah...

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!
 
Untuk isteri.... renungkanlah. ....

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!
 
 


Justeru itu wahai para suami dan isteri.Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.